Sunday, November 14, 2010

Mencari kemurahan dan keberkatan rezeki.

Dalam hidup ini, tiada siapa mahu hidup dalam kemiskinan dan kepapaan. Rezeki yang dicari juga diharapkan ada keberkatanNya.


Antara amalan sunat Rasullah s.a.w ialah mengerjakan solat sunat dhuha. Ini dapat dilihat daripada hadis berikut: 


"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Kelebihan Menunaikan solat sunat dhuha
  • "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."(HR Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  • sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
  • "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"


Cara menunaikan solat sunat dhuha
  • Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
  • Niat : Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
  • rakaat pertama :surah al-fatihah & surah ad-dhuha
  • rakaat kedua:surah al-fatihah &surah lain2
  • doa


 Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."


selawat murah rezeki by nowseeheart


Mudahkan? Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan. Jom kita jadikan solat sunat dhuha sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita. Rasanya 10 minit pun dah selesaikan solat ini. Tak lama kan?

Jangan risau masa akan habis jika spend terlalu banyak masa kepada Nya kerana Dia akan menggantikan kita dengan masa yang makin panjang dan penuh barakah. 

semoga pengakhiran hidup ini dalam kebaikan :)

0 comments: