Monday, November 22, 2010

Dekatlah padaNya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Renungkan ayat ini :

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka(jawablah)  bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada Ku , agar mereka berada dalam kebenaran’ (2:186)

Tiga initpati penting berdasarkan ayat ini:

  • ->  Allah adalah dekat dengan kita.

Ya, Allah memang dekat dengan kita.

Apa buktinya?

Allah tidak pernah tinggalkan kita walau sedetik  sesaat pun.Tak pernah!

Kalau Allah tinggalkan kita sedetik tanpa diberi nafas, mesti kita telah lama tiada didunia fana ini.

Tetapi, sampai kedetik dan saat ini, kita masih bernafas bukan?

Dekatnya Allah dengan kita , lebih dekat daripada kapilari darah yang berselirat

Cuma kita yang semakin menjauh dariNya

Kita lupa kita hambaNya

Apakah cara yang kita lakukan hari ini untuk dekatkan diri kita pada pemilik nyawa kita?

  • -> Allah mengabulkan permintaan hambaNya yang memohon kepadaNya
 
Doa adalah ibu ibadah

‘Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diberikan. Ia dapat dikiaskan sebagai perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan’ (Imam Ghazali)

‘Mintalah kepada Allah kurniannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan dari hambaNya’ (HR Tirmidzi)

‘Berdoalah kepada Ku dan Aku akan perkenankan permintaanmu’ (al-mukmin:60)

Doa adalah segala-galanya. Kadangkala, akibat terlalu sibuk dengan duniawi, kita terlalu tergesa-gesa, kita lupa untuk berdoa dan memohon kepada Nya.

Kita lupa, hakikatnya kita adalah hamba yang lemah.Maka doa itu perlu. Doa itu senjata orang mukmin.

Namun begitu, kadang-kala kita berdoa akan tetapi Allah tidak pernah mengabulkannya. 

Kenapa?

Bersangka baiklah kita kepada Nya.

‘Jika Allah cepat mengabulkan doamu, itu tanda Dia sayang padamu. Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu. Akan tetapi jika Allah tidak mengabulkan doamu, itu bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu’

Ada pun sesuatu perkara itu mungkin buruk padamu, tetapi Allah Maha Mengetahui itu adalah yang terbaik untuk dirimu dan sebaliknya( al-baqarah:216)

  • -> Allah meletakkan syarat hendaklah kita memenuhi segala perintahNya dan beriman kepadaNya.
 
Allah adalah pemilik kita dan menjadi kewajipan kepada kita bersesuaian dengan rukun iman iaitu Beriman kepada Allah dan lafaz syahadah ‘Tiada Tuhan Yang di Sembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah’.
Melakukan perkara yang disuruhi dan meninggalkan apa yang dilarang adalah taqwa.

Jika ditanya apa itu taqwa, taqwa adalah umpama melalui jalan yang penuh berduri, dan kamu berhemat, serta berhati-hati supaya tidak memijak duri-duri itu.

Duri-duri itu adalah larangan dan dosa-dosa yang perlu dihindarkan dan kita haruslah berhati-hati supaya tidak terjebak ke lembah larangan- Nya



Suatu perkongsian cerita, Ibrahim bin Adham, seorang ahli ulama pernah pada suatu masa berada di Kota Basrah. Beliau ditanya berkenaan punca dan sebab doa tidak dimakbulkan. Beliau berkata:

  • 1.       Kamu mengenal Allah, tetapi Kamu tidak menunaikan hak-Nya
  • 2.       Kamu mengatakan bahawa kamu mencintai Rasullah, tetapi kamu tidak mengikut sunnahnya
  • 3.       Kamu membaca quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
  • 4.       Kamu menerima nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
  • 5.       Kamu menyatakan syaitan itu adalah musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya
  • 6.       Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak berusaha  untuk memasukinya
  • 7.       Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak berusaha melarikan diri darinya
  • 8.       Kamu mengatakan mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya
  • 9.       Kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan keaiban orang lain, sedangkan kamu lupa         keaiban kamu sendiri
  • 10.    Kamu mengebumikan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.


Allah itu tidak pernah menjauh dari kita  dan janganlah ada antara kita menjauhkan diri dariNya.


Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk mendekatiNya melalui amal ibadah kita. Ameen.



Friday, November 19, 2010

Alhamdulilah. Erti syukur.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

Alhamdulilah, kita masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini untuk kita terus menjalankan tugas sebagai hamba- Nya di muka bumi ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Andainya semalam, kurangnya waktu disediakan untuk sujud pada-Nya , hari ini biarlah makin bertambah waktu untuk terus sujud pada-Nya. Semoga kita menjadi hamba yang senantiasa bersyukur dan tegar untuk sujud pada-Nya.

Dialog mainan hati

‘hari ini aku hanya dapat RM500 untuk hasil jualan aku. Haish,Tuhan tak pernah nak bagi aku dapat rezeki lebih sedangkan si Husin tu berniaga sekejap sahaja dah dapat untung banyak,”

“ aku tak faham kenapa si Katty, lagi cantik dari aku, sampaikan wartawan pun buat-buat tak nampak akan kehadiran aku. Esok aku mesti cucuk sana –sini. Aku mesti cantik dari Katty.”

Dialog-dialog yang selalu memenuhi segenap fikiran kita dan sudah menjadi lumrah manusia, tidak pernah berasa cukup dengan apa yang sedia ada.

Kadang-kadang lupa , yang mana adalah kehendak atau keperluan. Apabila memiliki sesuatu itu, tidak pernah rasa terdetik walau sekelumit dihati untuk mengucapkan atau mengungkapkan rasa syukur pada Nya.

Begitu mudah sekali bibir kita melontarkan keluhan demi keluhan. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita dalam kesenangan. Kita lupa  bahawa ada insan yang lebih malang lagi dari kita.

Di tatkala kita ditimbun dengan makanan yang banyak, pernahkah kita terfikir bagaimana anak-anak palestin yang kelaparan?

Ditatkala kita punyai wang berbelanja, pernahkah kita terfikir kehidupan insan yang papa kedana?

Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih lautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman : "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (16: 18).

“ jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu menghinggakannya”( 14: 34)

‘‘kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air mani yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan ke dalam tubuhnya (roh) ciptaanNya dan Dia menjadikannya bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati tetapi sedikit sekali kamu  bersyukur ‘‘ (32: 8-9)

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur"

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

 Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin.

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.

Sunday, November 14, 2010

Cerita saya dia:)

Disuatu petang yang mendamaikan.


saya: saya rasakan, bila saya sakit teruk hari tu, saya perlukan seorang bf yang ada kereta or apa2 kenderaan. senang kalau jadi apa-apa terus angkut jer ke mana-mana kan.


dia: a'ah senang. Tapi bf tak sama seperti kawan. awak tengok masa awak sakit teruk siapa yang tolong awak? kawan kan? awak kal pukul 2 3 pagi pun sanggup datang. Awak ada tasha, lina, fasha ,jannah yang sanggup datang malam2 buta hantar bubur . Kasihnya seorang sahabat .walaupun ada bf , belum tentu dia akan jaga awak macam sahabat jaga awak.


saya: tapi awak, kadang-kadang kan saya rasa mcm nak sangat bila ada bf dapat mengadu semua msalah dapat berkongsi segala duka dan duka.jeles pun ada bila tengok orang2 ada teman untuk bermesej.



dia: ya , memang best ada bf , tetapi bf tak selalunya ada 24 jam. Kehidupan awak beruntung, walau awak tak ada bf tapi awak ada umi awak yang akan dengar awak cerita semua benda, awak ada kawan2 untuk awak bermesej dan berkasih sayang. Paling penting sekali, walau awak tak ada bf awak ada Allah. Allah itu tak pernah tinggalkan awak walau sedetik pun. Dia Maha Mendengar segala rintihannya. Kalau awak mengadu pada bf belum tentu awak dapat ketenangan, tetapi kalau awak mengadu pada pemilik nyawa kita, awak akan peroleh segalanya. Ingat , kita hamba Nya.



saya : awak tak pernah kisah pasal jodoh?



dia: jodoh? saya anggap jodoh itu ajaib. Kita tak tahu bila kita akan kahwin , dengan siapa kita akan kahwin dan berapa lama kita akan berkongsi hidup dengan dia. Lagipun masih ada bulan dan bintang yang saya perlu gapai. Masih banyak lagi titian perjalanan yang harus ditempuhi. Tak layak untuk bercakap mengenai jodoh andai cinta pada Nya masih belum lagi menggunung. Saya tunggu 'kuda putih' membawa saya pergi dengan kasih sayangnya pada saya. 



saya: kuda putih? ??ish2 macam fairy tale.



dia: putih maksudnya suci, kuda itu saya tungang bersamanya , dia penunggang utama dan penumpangnya. pernikahan itu suci dan kalau kalau boleh dia imam dan saya makmunnya.fahamkan???



saya:ohh, faham.!!! penuh simbolik dan hanya mereka yang mengerti dan memahami sahaja. saya tengok kan awak tenang jer kalau hadapi apa2 masalah. kalau saya kadang-kadang kan awak, saya rasa life saya sangatlah serabut, down pun ada. bak kata orang caca marba.haissh, awak pun tahu kan keadaan life saya macam mana.



dia: sebenarnya , bila kita rasa serabut, rasa tak tenang, walau sehebat mana diri kita, kita tetap perlu berbalik kepada Dia. Andai terasa lemah, pintalah kekuatan dariNya. Andai dambakan ketenangan pohonlah kepada Nya. Sesungguhnya pintalah kepada Nya kerana pertolongan Nya sangat dekat dengan hamba Nya. Dekatnya Dia dengan kita lebih dekat daripada jarak kapilari kapilari darah kita, hanya kita sahaja yang menjauhkan diri kita daripadanya.



saya: awak, thanks sangat2! thanks sebab awak show saya the way , i shud follow



dia: erti kawan , bukan sahaja bersama di waktu senang, tetapi tetap teguh untuk bersama biarpun di waktu susah. Paling penting tidak akan meninggalkan dikala kita tersesat jalan.




'ukhuwah itu bukan terletak pertemuan, bukan terletak pada manisnya ucapan di bibir, tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya '
- Imam Al-Ghazali-


*siapa saya? siapa dia? mereka yang berkongsi kasih sayang*

(^__^)

Andai Dia Pergi Dulu Sebelummu.

Andai dia pergi dulu sebelummu, sapulah airmata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun bersederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya.. kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau tunggu di sana, pasti aku menyusul nanti.

Andai dia pergi dulu sebelummu, tanyakan pada dirimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak – anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak – anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita – cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini jadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak – anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala... yang mengalir selamanya.

Andai dia pergi dulu sebelummu, walaupun dia tidak akan kembali, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah apabila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Illahi- tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelummu, sibuklah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduklah dan bacalah al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW apabila terasa gundah... diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku bukan miliknya. Pemilik segala ialah al-Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala – galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakan aku sepi... tapi katakan padaku sentiasa ada pemerhati.

Misi Jihad Cinta

Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”
Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.
“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah

‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

*********************************************************************

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang.”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk..”
“Terima kasih.”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya diam merendah diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.

MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..
Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

****************************************************************************

“Bang..”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.
“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”
“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”
“Ya, abang faham.”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”

*************************************************************************

Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.
Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”
“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan.”
“Apa dia bang?”
“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”
“Ya,InsyaAllah.”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”
Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumsalam.”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah. Terima kasih.”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya.”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

****************************************************************************

Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.
Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

Mereka bertemu di syurga.

p/s: sebuah cerita misi jihad cinta ke syurga. moga cinta kita pun sampai ke syurga(^__^)

Nota cinta

“ farisya, kalau suatu hari nanti , saya request awk kapel dengan saya nak,” tnya adam

“kapel, means love each other lah kn??? Tnya farisya dgn nada pura2 tak tahu.


“ ala, u ni buat tanya2 lah plak. Amboi, kalau bab belajar terror je kan, takkanlah bab cintan cintun ini, tak ley catch up kut “


“euww…gelilah adam! Lu pe hal beb! Tak pernah2 pun cakap guna u & i dengan gua.”


“farisya! Tak pernah pun u guna bahasa kasar dengan I selama kita berkawan for almost years kan?

“ yup. I never did it. But u make me used it. u’r the reason. u betray our friendship. Untuk saya, kawan tetap kawan. Takkan bleh lebih dari itu. Sebab kawan tetap akan ada dimana jua kita berada. Friend is the place where I can share everything together. Not the couple. Sory, farisya tetap dengan keputusan sya, kalau adam nak kita stay together as couple takkan ada istilah kawan lagi antara kita.


“tapi kenapa sya?kenapa???” Tanya adam dengan penuh harapan.

“ cinta Sya pada Allah belum kukuh. Cinta Sya pada Rasullah s.a.w. belum lagi tegar. Cinta sya pada umi dan abah belum lagi tersemat dengan kuatnya. Siapalah sya untuk mendambakan kasih seorang lelaki yang belum tentu lagi akan menjadi suami Sya pada masa akan datang. Sya tak layak mendambakan cinta seorang lelaki kerana Sya adalah hamba yang banyak menzalimi diri sendiri. Sya bukanlah hamba yang melampiaskan cinta pada Nya dengan sujud dan tangisan kepada Nya di malam hari. Adam, layakkah Sya untuk mendambakan kasih seorang lelaki sedangkan kasih dan cinta pada Kekasih teragung belum lagi tersemat kukuh . layakkah Sya?


“ Tapi , Sya. Kalau cmtu Sya, sampai bila Sya nak jadi single? Kita dah berkawan hampir 10 tahun sejak dari kecil lagi.Adam akan tunggu Sya sampai hati Sya terbuka untuk Adam.


“adam, jodoh itu ketentuan Illahi. Kita merancang tetapi Dia yang maha Berkuasa menentukan segalanya.Siapalah kita untuk melawan kuasa takdir , qada dan qadarnya. Larilah hingga hujung dunia, berenanglah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga langit ke tujuh, kalau sudah jodoh pasti bersatu jua . Adam, cita-cita Sya masih lagi jauh ke hadapan. Kita hidup harus terus melangkah ke hadapan bukan mengundur ke belakang. Sya hanya akan mencari cinta seorang suami bila jasa umi dan abah Sya telah Sya balas. Kalau dah sampai masanya, untuk mencari teman sehidup dan teman untuk bergelak ketawa, Sya akan cari juga. Terpulanglah pada Adam untuk menunggu Sya atau untuk mencari bunga yang lain. Sya reda dengan ketentuan illahi.


“Sya tak suka ke tengok orang lain bersama-sama pimpin tangan dengan couple masing2. Happy je kan?? Adam kadang-kadang jeles sangat melihat couple bergelak ketawa dan berkasihan macam itu.”


“ hati mana tidak pernah terdetik untuk berkasihan dengan pasangan seperti itu, gelak ketawa bersama. Study sama2. Tapi Sya selalu doa di setiap akhir solat, Ya Allah lindungilah ku dari kemungkaran dan kemaksitan. Jauhkan ku dari fitnah dunia.Sya tak kisah orang anggap Sya seperti perempuan yang tak ‘laku’ asalkan Sya dipandang mulia di sisi Allah. inshAllah. Sya bermohon supaya Allah jauhkan Sya dari perasaan untuk bercouple sebab Sya nak jaga hati Sya. Sya nak kasih sayang ini hanyalah untuk suami Sya seorang saja. Sya nak rindu Sya hanya pada untuk suami Sya sahaja, supaya suami Sya tahu , yang Sya sayang dia kerana Allah. Suami Sya adalah orang yang halal untuk Sya cintai, rindui, kasihi malahan hubungan kami , hubungan yang halal. Kalau Sya pegang tangan suami Sya, Sya dapat pahala, tapi kalau Sya pegang tangan couple or bf Sya, Sya dapat dosa. Cmne ek, kalau tiba-tiba Sya pegang tangan bf Sya, dan nyawa Sya ditarik oleh malaikat maut pada detik itu juga? Nauzubillah, Sya takut nak hadapi siksa kubur, siksa api neraka.


“ adam kagum dengan sya. Siapalah Adam untuk menjadi raja di hati Sya sedangkan di hati Adam , syaitan menjadi raja dan menakluk hati Adam. Sepatutnya Adam yang bimbing Sya, tapi, kita terbalik pula,” kata Adam.


“ Adam, manusia diciptakan tidak sempurna.Walau kita tak sempurna, tetapi kita boleh berubah kan? Manusia yang terbaik adalah manusia yang senantiasa merubah dirinya. Lumrah manusia untuk mempunyai nafsu dan fitrahnya mendambakan seorang hawa disisinya. Pesan Sya, andai suatu hari nanti, Adam telah pun berjumpa dengan permaisuri yang bakal berkongsi suka dan suka, Adam didiklah dia betul. Perempuan ini, seperti tulang rusuk yang sangat bengkok. Kalau kita berkasar, tulang rusuk itu akan patah. Kalau kita berlembut, ia akan tetap bengkok. Maka, Adam fikirkanlah. Lelaki diciptakan untuk memimpin, bukan untuk dipimpin.


“ Sha, Adam akui, Adam banyak kelemahan. Tetapi, kalau suatu hari nanti, Adam masih lagi berperasaan sama sperti sekarang, sudikah Sya menerima Adam dalam hidup Sya?


“di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Kita orang melayu, maka buatlah cara melayu. Adam , pergilah rumah Sya dan tanyalah umi dan Abah Sya. Keputusan mereka adalah keputusan Sya. Sya nak jadi anak yang patuh pada umi dan abah. Tanpa mereka, siapalah Sya.”


“baiklah, jika itu kata mu, Sha. Maafkan Adam atas segala kata-kata Adam. Adam janji, Adam takkan khianati persahabatan kita. Ana uhibuki fillah.


*************************************
Dalam sujud, adam memohon petunjuk illahi.


Ya Allah Yang Maha Pemurah lgi Maha Pengasihani,
Hnya pada –Mu Ku memohon dan mengadu
Tunjukkanlah diriku ke arah jalan kebenaran
Janganlah dipalingkan hati ini setelah diberi petunjuk oleh Mu.
Ya Allah, hamba Mu ini insan yang lemah
Tegarkan lah hati ini pada jalan Mu
Moga cinta , kasih dan rindu hanyalah pada Mu
Ya Allah
Andai sudah sampai masanya nanti
Untuk ku berkongsi kasih dengan seorang hawa
Pertemukanlah diriku dengan seorang hawa yang solehah, sekufu dan dapat membimbing anak2 ku
Smoga perkahwianan kami memperoleh
Mawaddah, rahmah, sakinah dan keberkatan daripada Mu.
Ameen ya rabbalamin.


***************************************
Dalam sujud, Farisya memohon
Ya Allah,
Hanya pada Mu ku memohon dan meminta pertolongan
Tegarkanlah hati ini pada jalan cinta-Mu
Andai diriku diuji dengan sesuatu yang ku cuba pertahankan selama ini,
Kau berikanlah kekuatan untuk hambaMu ini untuk terus berusha mempertahankannya.
Ya Allah,
Andai suatu masa nanti telah tiba masanya untuk ku berkongsi hati ini dengan seorang adam
Smoga dirinya adalah pembimbingku ke arah jalan Mu.
Cintanya kepada Mu lebih tinggi daripada cintanya pada hamba Mu ini
Semoga hubungan itu memperoleh mwadaah, rahmah dan sakinah serta keberkatan daripada Mu.
Ammen ya rabbalamin.


meraih cinta illahi. mendamba kasih illahi^^