Showing posts with label ubat hati tinta hati. Show all posts
Showing posts with label ubat hati tinta hati. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Edisi Bedah Siasat :)

Kalau di NTV7 , popular dengan Edisi Siasat dan programnya berunsurkan seperti siasatan pelbagai isu antaranya seperti laman web lucah dan pornografi, isu buang baby, pil penguguran kandungan dan sebagainya.Isu-isu yang ditayangkan di layar sememangnya menarik dan saya berpendapat ia akan menyebabkan masyrakat semakin 'alert ' dengan isu-isu semasa.

itu cerita di NTV7

kalau di TV3 , namanya diubah sedikit kepada Aduan Rakyat, dan dihoskan oleh wartawan yang terkenal dengan peribahasanya iaitu Karam Singh Walia. Saya akui program Aduan Rakyat ini sebenarnya banyak menarik ramai pihak untuk menontonnya bahkan saya rasa rata-rata classmate saya ingat tagline Karam Singh Walia ' Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati tiada siapa yang tahu'.

Banyak perkara yang kita siasat dan kita cuba selongkar tetapi kita lupa walau kita hebat menyiasat macam Detektif Conan sekalipun, kalau kita gagal tangani akarnya, kita  takkan berhenti dari terus menyiasat.

awak tahu apa 'akar' yang saya maksudkan? jom dengar saya bercerita (^_^)

kalau pokok organ terpentingnya adalah akar. Kalau akar tidak berfungsi untuk menyerap air, maka pokok itu semakin layu dan akhirnya mati

begitu jua kita, organ yang penting sekali adalah hati. kalau hati bersih, inshAllah semuanya segalanya bersih , putih berseri mengalahkangigi iklan colgate. :p

fahamkan maksud saya? itulah yang dikatakan akar hati (^_^)

ini bertepatan dengan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a  : hati itu umpama raja sedangkan anggota badannya adalah tentera . Andai teruk tampuk pemerintahan raja itu maka teruklah anggota tenteranya.

apa kaitan dengan akar hati dan edisi bedah siasat yang sedang saya cuba coretkan kali ini?

Ya, banyak episod edisi siasat yang cuba digembar-gemburkan media massa, tetapi pada saya, kalau kita 'bedah siasat al-quran' semua masalah dan isu akan selesai.

kenapa ya?

sebab ramai antara kita pada hari ini, membaca al-quran, tetapi lupa untuk menghayati maksud dan memahami ayat-ayat yang penuh indah itu. 

sebab itu juga ramai yang membaca al-quran, tetapi hatinya masih tidak diselimuti ketenangan.

dahulu, sewaktu dikelas, saya teringat kata-kata Ustaz , 'kalau kita hendak berkomunikasi dengan Allah ialah melalui solat, kita bercerita dengannya dan Dia akan menjadi pendengar paling setia tanpa ter'miss' apa-apa pun, tetapi kalau nak Allah berkomunikasi dengan kita, bacalah al-quran. Allah banyak mengajar kita apa yang kita perlu buat, dan apa yang patut kita tinggalkan. Bak kata orang putih, the DO's and the Don'ts.

Bila al-quran itu as guidance in our life, inshAllah kita tak tersilap arah jalan. Andai tersesat sekalipun , kita akan refer balik pada al-quran :)

Jadi, episod bedah siasat yang saya sarankan, kita baca al-quran, kita fahami, kita hayati, cuba serapkan dalam jiwa dan amalkan dengan mulut,tangan,kaki dan sebagainya supaya anggota ini dapat menjadi saksi kita telah beribadah pada Allah di hari akhirat kelak.

saya nak tanya satu soalan bonus, siapa sayang umi dan abah masing-masing?

kalau kata  sayang, cuba hayati hadis ini:

'Barangsiapa membaca al-quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini (HR- Abu Daud & Ahmad)'

Jom bedah siasat quran selalu (^_^) moga ibu bapa kita dipakaikan mahkota, kubur kita akan dilapangkan kelak dan tika di hari pengadilan , ia dapat menjadi syafaat untuk kita. Amin :)


Tolong operatekan saya ? Bedahlah saya , dan awak akan dapat ketenangan!
JAMIN!


Thursday, December 9, 2010

Hari special : 10 Muharam

Salam 1432H. 

alhamdulilah sampai ke detik ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas pada 4 Muharam.

Bagaimana hari-hari yang berlalu?adakah misi yang ingin dihijrahkan tercapai.???

Jom bercerita mengenai 10 muharam:)


Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu”.
(Muslim)


Dari Aisyah r.a. katanya: “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga”.
(Muslim)


Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:



  • Terbunuhnya Saidina Hussain (cucu nabi) di karbala
  • Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  • Diciptakan Nabi Adam a.s 
  • Diciptakan arasy, langit, bintang , matahari, dan bulan
  • Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
  • Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada api Namrud
  • Diselamatkan Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya serta dilemaskan firaun
  • Dilahirkan Nabi Isa a.s dan Nabi Isa a.s. diangkatkan ke langit
  • Diangkat Nabi Idris a.s ke langit
  • Mendaratnya Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy
  • Nabi Sulaiman diberi kerajaan besar
  • Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan nun
  • Nabi Yaa'kub dapat melihat kembali selepas buta
  • Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga
  • Disembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya
  • Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi .



Banyakkan pristiwa pada 10 muharam ini? Kali ini , 10 Muharam jatuh pada hari Khamis, 16 Disember. Jom puasa sunat. Moga memperoleh pahala puasa sunat asyura dan sunat hari khamis. InshAllah (^_^)

Monday, November 22, 2010

Dekatlah padaNya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Renungkan ayat ini :

“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka(jawablah)  bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada Ku , agar mereka berada dalam kebenaran’ (2:186)

Tiga initpati penting berdasarkan ayat ini:

  • ->  Allah adalah dekat dengan kita.

Ya, Allah memang dekat dengan kita.

Apa buktinya?

Allah tidak pernah tinggalkan kita walau sedetik  sesaat pun.Tak pernah!

Kalau Allah tinggalkan kita sedetik tanpa diberi nafas, mesti kita telah lama tiada didunia fana ini.

Tetapi, sampai kedetik dan saat ini, kita masih bernafas bukan?

Dekatnya Allah dengan kita , lebih dekat daripada kapilari darah yang berselirat

Cuma kita yang semakin menjauh dariNya

Kita lupa kita hambaNya

Apakah cara yang kita lakukan hari ini untuk dekatkan diri kita pada pemilik nyawa kita?

  • -> Allah mengabulkan permintaan hambaNya yang memohon kepadaNya
 
Doa adalah ibu ibadah

‘Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diberikan. Ia dapat dikiaskan sebagai perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan’ (Imam Ghazali)

‘Mintalah kepada Allah kurniannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan dari hambaNya’ (HR Tirmidzi)

‘Berdoalah kepada Ku dan Aku akan perkenankan permintaanmu’ (al-mukmin:60)

Doa adalah segala-galanya. Kadangkala, akibat terlalu sibuk dengan duniawi, kita terlalu tergesa-gesa, kita lupa untuk berdoa dan memohon kepada Nya.

Kita lupa, hakikatnya kita adalah hamba yang lemah.Maka doa itu perlu. Doa itu senjata orang mukmin.

Namun begitu, kadang-kala kita berdoa akan tetapi Allah tidak pernah mengabulkannya. 

Kenapa?

Bersangka baiklah kita kepada Nya.

‘Jika Allah cepat mengabulkan doamu, itu tanda Dia sayang padamu. Jika Allah lambat makbulkan doamu, Dia sedang mengujimu. Akan tetapi jika Allah tidak mengabulkan doamu, itu bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu’

Ada pun sesuatu perkara itu mungkin buruk padamu, tetapi Allah Maha Mengetahui itu adalah yang terbaik untuk dirimu dan sebaliknya( al-baqarah:216)

  • -> Allah meletakkan syarat hendaklah kita memenuhi segala perintahNya dan beriman kepadaNya.
 
Allah adalah pemilik kita dan menjadi kewajipan kepada kita bersesuaian dengan rukun iman iaitu Beriman kepada Allah dan lafaz syahadah ‘Tiada Tuhan Yang di Sembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah’.
Melakukan perkara yang disuruhi dan meninggalkan apa yang dilarang adalah taqwa.

Jika ditanya apa itu taqwa, taqwa adalah umpama melalui jalan yang penuh berduri, dan kamu berhemat, serta berhati-hati supaya tidak memijak duri-duri itu.

Duri-duri itu adalah larangan dan dosa-dosa yang perlu dihindarkan dan kita haruslah berhati-hati supaya tidak terjebak ke lembah larangan- Nya



Suatu perkongsian cerita, Ibrahim bin Adham, seorang ahli ulama pernah pada suatu masa berada di Kota Basrah. Beliau ditanya berkenaan punca dan sebab doa tidak dimakbulkan. Beliau berkata:

  • 1.       Kamu mengenal Allah, tetapi Kamu tidak menunaikan hak-Nya
  • 2.       Kamu mengatakan bahawa kamu mencintai Rasullah, tetapi kamu tidak mengikut sunnahnya
  • 3.       Kamu membaca quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
  • 4.       Kamu menerima nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
  • 5.       Kamu menyatakan syaitan itu adalah musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya
  • 6.       Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak berusaha  untuk memasukinya
  • 7.       Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak berusaha melarikan diri darinya
  • 8.       Kamu mengatakan mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya
  • 9.       Kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan keaiban orang lain, sedangkan kamu lupa         keaiban kamu sendiri
  • 10.    Kamu mengebumikan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.


Allah itu tidak pernah menjauh dari kita  dan janganlah ada antara kita menjauhkan diri dariNya.


Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk mendekatiNya melalui amal ibadah kita. Ameen.



Sunday, November 14, 2010

Cerita saya dia:)

Disuatu petang yang mendamaikan.


saya: saya rasakan, bila saya sakit teruk hari tu, saya perlukan seorang bf yang ada kereta or apa2 kenderaan. senang kalau jadi apa-apa terus angkut jer ke mana-mana kan.


dia: a'ah senang. Tapi bf tak sama seperti kawan. awak tengok masa awak sakit teruk siapa yang tolong awak? kawan kan? awak kal pukul 2 3 pagi pun sanggup datang. Awak ada tasha, lina, fasha ,jannah yang sanggup datang malam2 buta hantar bubur . Kasihnya seorang sahabat .walaupun ada bf , belum tentu dia akan jaga awak macam sahabat jaga awak.


saya: tapi awak, kadang-kadang kan saya rasa mcm nak sangat bila ada bf dapat mengadu semua msalah dapat berkongsi segala duka dan duka.jeles pun ada bila tengok orang2 ada teman untuk bermesej.



dia: ya , memang best ada bf , tetapi bf tak selalunya ada 24 jam. Kehidupan awak beruntung, walau awak tak ada bf tapi awak ada umi awak yang akan dengar awak cerita semua benda, awak ada kawan2 untuk awak bermesej dan berkasih sayang. Paling penting sekali, walau awak tak ada bf awak ada Allah. Allah itu tak pernah tinggalkan awak walau sedetik pun. Dia Maha Mendengar segala rintihannya. Kalau awak mengadu pada bf belum tentu awak dapat ketenangan, tetapi kalau awak mengadu pada pemilik nyawa kita, awak akan peroleh segalanya. Ingat , kita hamba Nya.



saya : awak tak pernah kisah pasal jodoh?



dia: jodoh? saya anggap jodoh itu ajaib. Kita tak tahu bila kita akan kahwin , dengan siapa kita akan kahwin dan berapa lama kita akan berkongsi hidup dengan dia. Lagipun masih ada bulan dan bintang yang saya perlu gapai. Masih banyak lagi titian perjalanan yang harus ditempuhi. Tak layak untuk bercakap mengenai jodoh andai cinta pada Nya masih belum lagi menggunung. Saya tunggu 'kuda putih' membawa saya pergi dengan kasih sayangnya pada saya. 



saya: kuda putih? ??ish2 macam fairy tale.



dia: putih maksudnya suci, kuda itu saya tungang bersamanya , dia penunggang utama dan penumpangnya. pernikahan itu suci dan kalau kalau boleh dia imam dan saya makmunnya.fahamkan???



saya:ohh, faham.!!! penuh simbolik dan hanya mereka yang mengerti dan memahami sahaja. saya tengok kan awak tenang jer kalau hadapi apa2 masalah. kalau saya kadang-kadang kan awak, saya rasa life saya sangatlah serabut, down pun ada. bak kata orang caca marba.haissh, awak pun tahu kan keadaan life saya macam mana.



dia: sebenarnya , bila kita rasa serabut, rasa tak tenang, walau sehebat mana diri kita, kita tetap perlu berbalik kepada Dia. Andai terasa lemah, pintalah kekuatan dariNya. Andai dambakan ketenangan pohonlah kepada Nya. Sesungguhnya pintalah kepada Nya kerana pertolongan Nya sangat dekat dengan hamba Nya. Dekatnya Dia dengan kita lebih dekat daripada jarak kapilari kapilari darah kita, hanya kita sahaja yang menjauhkan diri kita daripadanya.



saya: awak, thanks sangat2! thanks sebab awak show saya the way , i shud follow



dia: erti kawan , bukan sahaja bersama di waktu senang, tetapi tetap teguh untuk bersama biarpun di waktu susah. Paling penting tidak akan meninggalkan dikala kita tersesat jalan.




'ukhuwah itu bukan terletak pertemuan, bukan terletak pada manisnya ucapan di bibir, tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya '
- Imam Al-Ghazali-


*siapa saya? siapa dia? mereka yang berkongsi kasih sayang*

(^__^)

Andai Dia Pergi Dulu Sebelummu.

Andai dia pergi dulu sebelummu, sapulah airmata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun bersederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya.. kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau tunggu di sana, pasti aku menyusul nanti.

Andai dia pergi dulu sebelummu, tanyakan pada dirimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak – anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak – anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita – cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini jadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak – anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala... yang mengalir selamanya.

Andai dia pergi dulu sebelummu, walaupun dia tidak akan kembali, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah apabila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Illahi- tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelummu, sibuklah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduklah dan bacalah al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW apabila terasa gundah... diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku bukan miliknya. Pemilik segala ialah al-Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala – galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakan aku sepi... tapi katakan padaku sentiasa ada pemerhati.